Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 15 November 2020 00:09

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI SIRI 1

Written by
Rate this item
(0 votes)

TANAH MERAH,10 NOVEMBER 2020 - Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 1 bagi tahun 2020 anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKBN Tanah Merah telah diadakan pada 7 November 2020 bertempat di Maahad Tahfiz Barniyah Puteri,Kg Manal, Tanah Merah.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi khidmat kepada komuniti setempat. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan institut ini kepada penduduk setempat. Melalui program ini, peserta program yang terdiri daripada 22 orang pelajar sem 4 dan pelatih serta pegawai di institut ini memberi perkhidmatan mengecat dan membersihkan kawasan mahaad tahfiz tersebut.

Read 357 times