Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 18 November 2020 15:24

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PEKAN MUSHROOM SDN. BHD.

Written by
Rate this item
(0 votes)

11 NOVEMBER 2020 – Seramai 16 orang Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh di bawah pengawasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah membuat lawatan sambil belajar ke Pekan Mushroom Sdn. Bhd. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kaedah tanaman cendawan tiram bagi pelaksanaan projek Kebun Komuniti (KEBUNITI) di bawah penyelarasan Majlis Perwakilan Pelajar ILKBS di dalam kawasan IKTBN Temerloh. Antara objektif utama Progaram KEBUNITI ini adalah bagi memperkenalkan dan membudayakan pertanian bandar sebagai salah satu alternatif sumber pendapatan sampingan kepada komuniti Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan(ILKBS).

Kumpulan rombongan ini telah disambut mesra oleh En. Ahmad Mokhtar bin Daud iaitu pengusaha dan juga merupakan Ketua Pegawai Ekesekutif(CEO) Pekan Mushroom Sdn. Bhd. Lawatan ini juga disertai oleh Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh dan juga En. Musa bin Salim, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh. Semua pelajar yang hadir telah diberi peluang untuk mempelajari dan membuat sendiri secara langsung bagi proses penyediaan bongkah, menyuntik benih, memetik cendawan serta proses pembungkusan cendawan segar yang telah dipetik untuk dikomersialkan.

Semoga melalui program ini, dapat membentuk pelajar yang mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin dan menghasilkan belia yang bertanggungjawab dan berkomited terhadap komuniti. Selain itu, ia juga merupakan aktiviti bagi mengisi masa senggang pelajar secara berfaedah melalui aktiviti penanaman, penjagaan dan pengurusan kebun.

Read 791 times Last modified on Rabu, 18 November 2020 15:27