Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 18 November 2020 17:27

SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2020 (SKIL'20)

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

"Apabila ilmu kemahiran dan keusahawanan disinergikan.’

 

”TVETpreneur Penjana Ekonomi Belia.”

 

Kuala Kubu Bharu, 17 November 2020 (Selasa) - Buat julung kalinya, ILKBS Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Simposium Kemahiran ILKBS 2020 (SKIL'20) telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Mericansecara langsung di FB : ILKBS secara atas talian. Peserta adalah di kalangan pengajar ILKBS telah terlibat secara maya di ILKBS masing-masing dan peserta bagi IKBN Peretak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak.

 

Pada majlis ini juga turut diadakan sesi ceramah oleh beberapa penceramah jemputan seperti Ts Zulaffandi bin Abdullah, Pensyarah IKBN Pekan dengan tajuk Perkongsian Kejayaan Program Inkubator ILKBS, En, Mohd Naqib bin Md Hassan- IKON Usahawan TVET ILKBS dengan tajuk “Ini Cerita Saya-Ikon TVET”, Cik Liyana Azim – CEO Doctor Kayu dengan tajuk Custtom & Personalized Wood Product with Laser Machine for Gig Workers, Prof. Dr. Mohar Yusof – PhD. CFWA, CFP CERT, MIM-CPIPM UNIRAZAK dengan tajuk Membentuk Peluang Dalam Suasana Krisis, En. Ismazaidi bin Ismail – Subject Matters Expert eUsahawan MDEC dengan tajuk Memupuk Minat Berniaga Melalui Pemasaran Online dan En. Rashwin Pal Singh – CEO Biji-biji Inisiative & Me.reka dengan tajuk Me.reka & Makerspace.

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua belia dan dapat memberi idea kepada para pengajar ILKBS dalam berfikir secara kreatif semasa dalam krisis covid-19 ini.

Read 188 times Last modified on Rabu, 02 December 2020 11:51