Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 20 November 2020 15:41

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SELENGGARA DAN BAIK PULIH COLD ROOM & FREEZER BAHAGIAN PENYEDIAAN PASTRI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, 5 November 2020, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) telah melangsung Majlis Penyerahan Projek Selenggara Dan Baik Pulih Cold Room & Freezer bahagian  Penyediaan Pastri oleh JKR Cawangan Mekanikal Melaka yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Utama .

 

Gimik penyerahan dari wakil kontraktor En. Suhaimi bin Syiful Irwan daripada Syarikat Elektrik dan Penyaman Udara MEDAN kepada Ir Ahmad Faris bin Mohd Salleh, Ketua Jurutera Mekanikal Melaka seterusnya penyerahan kepada Timbalan Pengarah IKTBN Alor Gajah iaitu Pn. Shahrul Naimah binti Zulkifli. Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Hospitaliti, Ketua Bahagian Penyediaan Pastri dan pegawai-pegawai Cawangan Pembangunan, Penyelenggaraan & ICT, IKTBN Alor Gajah. Pihak IKTBN Alor Gajah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

Dari Kiri, Timbalan Pengarah IKTBN Alor Gajah iaitu Pn. Shahrul Naimah binti Zulkifli, Ketua Jurutera Mekanikal Melaka, Ir Ahmad Faris bin Mohd Salleh dan Wakil Kontraktor Syarikat Elektrik dan Penyaman Udara MEDAN, En. Suhaimi bin Syiful Irwan

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Read 176 times Last modified on Jumaat, 20 November 2020 16:20