Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 20 November 2020 17:42

SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2020 (SKIL'20)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, 17 November 2020 (Selasa) - Buat julung kalinya, ILKBS Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Simposium Kemahiran ILKBS 2020 (SKIL'20) dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican secara atas talian di laman Facebook ILKBS dan melalui aplikasi ZOOM . Peserta adalah di kalangan pengajar ILKBS telah terlibat secara maya di ILKBS masing-masing dan peserta bagi IKTBN Alor Gajah telah diadakan di Bilik Electronic Convention Centre IKBN Alor Gajah.

 

Seterusnya, Majlis turut diadakan sesi ceramah oleh beberapa penceramah jemputan seperti Ts Zulaffandi bin Abdullah, Pensyarah IKBN Pekan dengan tajuk Perkongsian Kejayaan Program Inkubator ILKBS, En, Mohd Naqib bin Md Hassan- IKON Usahawan TVET ILKBS dengan tajuk “Ini Cerita Saya-Ikon TVET”, Cik Liyana Azim – CEO Doctor Kayu dengan tajuk Custtom & Personalized Wood Product with Laser Machine for Gig Workers, Prof. Dr. Mohar Yusof – PhD. CFWA, CFP CERT, MIM-CPIPM UNIRAZAK dengan tajuk Membentuk Peluang Dalam Suasana Krisis, En. Ismazaidi bin Ismail – Subject Matters Expert eUsahawan MDEC dengan tajuk Memupuk Minat Berniaga Melalui Pemasaran Online dan En. Rashwin Pal Singh – CEO Biji-biji Inisiative & Me.reka dengan tajuk Me.reka & Makerspace. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua belia dan dapat memberi idea kepada semua para pengajar ILKBS dalam berfikir secara kreatif semasa dalam krisis covid-19 ini.

Dari Kiri, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (Hep) IKTBNAG Encik Mohd Firdaus Bin Mazlan, Tuan Pengarah IKTBNAG Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (Bpl) IKTBNAG Puan Shahrul Naimah Binti Zulkifli

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Read 228 times Last modified on Rabu, 25 November 2020 16:29