Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 December 2020 10:12

IMPAK ILKBS BERSAMA KOMUNITI REMBAU DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH REMBAU 2020.

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Rembau, 12 Disember 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menjalankan Program Impak ILKBS 2020 bersama komuniti Rembau yang bertempat di Pasar Awam Rembau. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempromosikan peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi membantu belia memajukan diri selain memberi pendedahan serta perkhidmatan kepada komuniti Rembau secara khususnya.

Program ini dilaksanakan berkonsepkan perkhidmatan menukar minyak hitam motorsikal secara percuma serta pemeriksaan asas seperti pemeriksaan angin tayar, brek dan mentol. IKTBN Chembong turut menjalankan promosi kemasukan pelajar sesi baharu di samping turut mempromosikan program jangka pendek yang ditawarkan. Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKTBN Chembong, Pn. Hajah Suriani binti Hasan turut hadir bagi sama-sama memberi sokongan terhadap program ini.

Program yang bermula pada jam 8.40 pagi ini dihadiri lebih lima puluh (50) komuniti. Antara pegawai yang terlibat ialah Pn. Norazrin binti Kamsor, En. Zainordin bin Sidi, En. Zul Izwan bin Abd Razak, En. Rohaizan bin Mohd Fuzi serta turut dibantu oleh tiga (3) pelatih internship VTO. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran serta taraf hidup melalui program yang ditawarkan.

Read 788 times Last modified on Selasa, 22 December 2020 12:23