Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 December 2020 16:18

PROGRAM PERTANDINGAN VIRTUAL EXPO OF INNOVATION PRODUCT AND SYSTEM DESIGN 2020 (VIDE2020)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, 8 Disember 2020 (Selasa) - IKTBN Alor Gajah telah menyertai Program Pertandingan Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2020 (VIDE2020). Pertandingan ini diadakan sempena Minggu Sains Negara 2020 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).


Pihak institut telah menghantar enam penyertaan ke pertandingan ini. Sebanyak empat projek telah memenangi Emas iaitu Serunding Soya ( Puan Noraishah Hashim, Puan Mariyati Asri), WASQOF-Organic Dehumidifier ( Puan Rohaya Adam, Puan Nursarina Khairruddin), BB Vine Strips ( Puan Siti Zubaidah Bakri) dan Energator ( Encik Mohd Farihan Jamaluddin). Manakala dua projek lagi memenangi Perak iaitu Instant Akok Flour-Yam ( Pn Anne Musliana Mustapa, Puan Shahridah) dan Fundamental Electrical Power System Trainer ( Encik Mohd Kamal Kamarol Awal). Tahniah dan syabas kepada semua pengajar yang telah menyertai pertandingan ini. Semoga kejayaan ini akan terus merintis semangat para pengajar untuk terus berjaya di masa hadapan.

 

Gambar Menunjukkan Program Pertandingan Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2020 (VIDE2020)

 

Gambar Menunjukkan Senarai Institut Yang Menerima Anugerah

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

 

Read 736 times