Pihak IKTBN Sepang diwakili oleh Ts. Mohamad Huzaimi bin Abdullah sebagai fasilitator, dan ahli-ahlinya Tc. Thinakaran a/l Narayanan, Tc. Eddly Suzali bin Ayub, En. Muhamad Aripin b. Toyib, Ts. Nur Nadia binti Bachok dan Pn. Noorul Hidayah binti Yusoff.
Turut hadir bersama ke majlis tersebut Ketua Jabatan Teknologi Polimer Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Tuan Zulnaidy bin Zulkifli bagi menerima anugerah tersebut. Sesi tersebut berlangsung secara terhad dengan mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada banyak pihak walaupun pandemik Covid-19 masih belum pulih.