Modul tersebut dijangka dapat memberi manfaat di dalam peningkatan serta pengiktirafan kemahiran pekerja Proton serta vendor dan seterusnya membuka peluang kepada pengajar dan pelajar IKTBN ke arah authentic learning di rangkaian kilang Proton.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh En. Sazali bin Husain (Senior Staff Engineer, R&D Proton) serta En. Shahrudin (Bahagian Prokumen Proton) dan IKTBN Sepang pula dihadiri oleh Puan Pengarah, Puan Rosnoizam binti Abd Majid, Ketua Cawangan Hubungan Industri, Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abd Rahim, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam serta pengajar JML, Tc. Thinakaran a/l Narayanan, Tc. Eddly Suzali bin Ayub, En. Muhamad Aripin b. Toyib dan Puan Norhidayah binti Mamat.