Masjid Tanah, 2 Januari 2021 (Sabtu) - Seramai 241 orang pelajar kemasukan semula siri 1 IKTBN Alor Gajah kembali melaporkan diri di Institut bagi meneruskan pengajian manakala seramai 205 orang pelajar akan melaporkan pada 9 Januari 2021. Pelajar yang melaporkan diri perlu mematuhi SOP Pencegahan COVID-19 dan WAJIB untuk mengamalkan 3W bagi mengelakkan 3S sepanjang berada di Institut. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga kita semua dijauhkan dari pandemik COVID-19.
Gambar Menunjukkan Antara Pegawai Yang Terlibat Dalam Mengendalikan Kemasukan Pelajar Siri 1 2021
Gambar Menunjukkan Pegawai Sedang Melakukan Sanitasi Bag Para Pelajar
Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah
Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah