Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 January 2021 16:37

MAJLIS PERASMIAN PROJEK KEBUNITI MPP IKTBN ALOR GAJAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, 05 Januari 2021 (Selasa), Institut Kemahiran Tinggi Belia Alor Gajah (IKTBNAG) telah mengadakan Majlis Perasmian Projek Kebuniti MPP IKTBN Alor Gajah yang telah disempurnakan oleh YBrs. En Syamsul Tahrin Mohd Tahir selaku Pengarah IKTBN Alor Gajah, diiringi En. Mohd Firdaus Mazlan, Timbalan Pengarah HEP, En. Mizan Malik, Penyelia Program, pegawai dan kakitangan serta barisan MPP IKTBN Alor Gajah.

Menurut YBrs. En Syamsul Tahrin Mohd Tahir, projek Kebuniti MPP IKTBN Alor Gajah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran Pertanian Bandar kepada pelajar selain kemahiran teras. Kebuniti MPP IKTBN Alor Gajah telah bermula fasa pertama melalui Kursus Asas Penanaman Fertigasi Cili Bara, proses penyediaan kebun dan penanaman anak pokok iaitu pada 4 dan 5 November 2020 dengan bimbingan Pegawai Pejabat Pertanian Alor Gajah. Semoga produk hiliran berasaskan cili akan dapat diketengahkan dan dihasilkan oleh IKTBN Alor Gajah melalui produk inovasi.

 

Gambar Menunjukkan Suasana Majlis Perasmian Projek Kebuniti Mpp Iktbn Alor Gajah

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Read 710 times Last modified on Selasa, 05 January 2021 16:59