Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 20 January 2021 15:59

USAHA SAMA IKTBN SEPANG DAN IC INNOVATION IN SENSOR (ICIS), SIRIM INDUSTRIAL RESEARCH

Written by
Rate this item
(1 Vote)
SEPANG, 18 JANUARI 2021 – Musim PKP yang sedang dikuatkuasakan di negeri Selangor tidak menghalang IKTBN Sepang daripada menjalankan usaha sama dengan IC Innovation in Sensor (ICIS), SIRIM Industrial Research melalui video conference (VC). Puan Hamidah Sidek selaku pengarah ICIS. SIRIM mencadangkan agar VC dapat dijalankan bersama IKTBN Sepang lanjutan daripada Non Disclosure Agreement (NDA) yang telah ditandatangani antara kedua pihak.
 
 
Melalui projek yang dijalankan oleh Jabatan Teknologi Elektronik (JTE), The Development of Agrotechnopreneurship and IoT in Stingless Bee Farming Module yang telah masuk tahun kelima operasi, pihak ICIS, SIRIM berminat meminjamkan sistem cloud bagi memantapkan konsep Internet of Things (IoT) pada penghasilan madu kelulut. Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk menjalankan kursus yang akan melibatkan 3 tajuk utama berkaitan asas penternakan madu kelulut, IoT dan pembungkusan serta labelling yang akan difokuskan kepada belia dan orang awam yang berminat.
 
Hasil perbincangan juga membawa kepada kursus Train the Trainer (TTT) yang akan dicadangkan di bawah kursus PPK. VC yang dijalankan diketuai oleh Puan Hamidah Sidek selaku wakil ICIS, SIRIM, manakala IKTBN Sepang diwakili oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd Majid, Timbalan Pengarah (Latihan), Ts. Hairul Ridwan bin Abdullah, wakil KCHI, Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim dan Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin, wakil KJTE, Ts. Nur Nadia binti Bachok dan Encik Shahrim bin Mohd. Semoga kerjasama yang dijalinkan dapat memacu penggunaan IoT kepada para belia.
Read 2122 times Last modified on Rabu, 20 January 2021 16:21