Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 December 2020 16:37

BENGKEL PEMERKASAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD HAL EHWAL PELAJAR IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 1 hingga semester 4 telah kembali melaporkan diri ke IKBN Seri Iskandar pada 28 Disember 2020. Kesemua pelajar berkenaan telah menjalani Saringan Pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan mengikut SOP MKN. Para pelajar telah diminta untuk melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Kesihatan dan Keselamatan bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom positif Covid19.


Proses saringan dan sanitasi ini telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai IKBNSI sendiri yang terdiri daripada pegawai di Cawangan Pengurusan Pelajar, Tenaga Pengajar di Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia, Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik serta Pengawal Keselamatan institut.

Pelajar yang bergejala atau menghadapi masalah kesihatan akan diasingkan dan dipantau setiap masa bagi mencegah penularan virus Covid 19.

Selamat kembali diucapkan kepada semua pelajar. Sila patuhi peraturan & S.O.P pencegahan Covid 19. Kita mampu mencegahnya.

Read 952 times