Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 January 2021 16:48

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI PELAJAR AKHIR BAGI TAHUN 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 5 JANUARI 2021 (SELASA) – Satu Taklimat berkaitan Latihan Industri bagi pelajar semester  akhir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama di bawah kelolaan Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik(CHIKS) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak.


Objektif taklimat adalah untuk menerangkan prosedur, garis panduan yang perlu dipatuhi, cara pengisian borang-borang  dan tanggungjawab pelajar semasa menjalani latihan industri di syarikat bumiputera  atau agensi kerajaan di Malaysia. 

Taklimat disampaikan oleh Puan Nordalilah Binti Yusoff, Ketua CHIKS dan Puan Mahani Binti Hashim. Kelas yang terlibat ialah jurusan  Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa-PW2 sesi 2/2019. Seramai 14 orang pelajar lelaki akan memulakan sesi latihan industri bermula pada 8 Mac 2021 sehingga 18 Ogos 2021 iaitu selama 6 bulan. Taklimat turut disertai oleh Tuan Pengarah Tuan Md Isa Bin Ibrahim.

 

Disediakan oleh

Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik

Read 537 times