Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 14 January 2021 16:50

JUALAN SAYUR SAWI - KEBUNITI@IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 14 JANUARI 2021 - Buat julung-julung kalinya, Program Kebun Komuniti (Kebuniti) di IKBN Seri Iskandar telah mencambahkan hasilnya dengan berlangsungnya jualan sayur sawi di hadapan Pejabat Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Seri Iskandar.


Anggaran sebanyak 8 kilogram atau  40 ikat sayur sawi telah pun berjaya dijual dalam tempoh hanya 30 minit sahaja kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar yang terdiri daripada pegawai, pelajar, kakitangan pembersihan dan keselamatan.

Program Kebuniti ini, merupakan hasil projek yang diusahakan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Seri Iskandar dengan bantuan nasihat dan kerjasama kukuh dari Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah dan Pegawai Penyelaras daripada Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Seri Iskandar.

Di samping membudayakan amalan keusahawanan dalam kalangan pelajar IKBN Seri Iskandar, matlamat utama program telah pun berjaya dicapai. Semoga hasil yang lebih baik dan menguntungkan dapat di capai pada hasil tuaian akan datang.

Read 570 times