Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 15 January 2021 16:53

KLINIK EKSA YANG DIANJURKAN OLEH IKBN SERI ISKANDAR DI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT WILAYAH UTARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 13 JANUARI 2021 (RABU) – Klinik EKSA telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara oleh Pegawai-pegawai IKBN Seri Iskandar.

Klinik EKSA ini telah dijalankan di Auditorium, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara melibatkan 8 orang pegawai IKBN Seri Iskandar manakala 27 orang anggota bomba diketuai oleh Tuan Aswadi Bin Haji Ismail, Komandan Akademi berkenaan.  Klinik ini bermula jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Koordinator EKSA IKBNSI, Ts.Amir-Kharul bin Daud. Beliau menerangkan pelaksanaan EKSA di IKBNSI.


Pada sesi petang, Pn, Siti Hajar bt Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Audit IKBNSI menerangkan berkaitan penguditan EKSA. Selepas sesi taklimat, para pegawai IKBNSI dibawa melawat ke zon-zon yang terlibat di Akademi Bomba bagi melihat dengan lebih teliti pelaksanaan EKSA di sini disamping mengadakan pengauditan EKSA dizon berkenaan. Disamping itu juga, Pegawai-pegawai IKBN Seri Iskandar memberikan cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pihak Akademi Bomba sebagai persediaan sebelum diaudit pada bulan Februari oleh pihak MAMPU.

Adalah diharapkan melalui sesi Klinik EKSA ini dapat menjayakan pelaksanaan EKSA di Akademi Bomba bagi mendapatkan persijilan EKSA daripada MAMPU.

Disediakan oleh;

Setiausaha EKSA, IKBN Seri Iskandar

Read 520 times