Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 February 2021 12:40

TERAP NILAI MURNI MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ARPRM ( BAIK PULIH MEJA , MENGECAT BILIK DAN SANITASI SURAU)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 02 Februari 2021 – IKTBN Bachok telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat ARPRM (Baik pulih meja bacaan dan Sanitasi Surau) sebagai pengisian cuti hujung minggu pelajar bermula pada 30 Januari 2021. Program bermula pada jam 08.00 pagi pada hari tersebut dengan pengisian taklimat ringkas dengan pematuhan dan pengamalan SOP Pandemik Covid 19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar IKTBN Bachok untuk menzahirkan kepada KBS dalam membantu menaik taraf fasiliti IKTBN Bachok sekaligus membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan ke arah profesionalisme yang utuh menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di IKTBN Bachok serta  meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan pelajar TVET melalui pengalaman serta membentuk kreativiti belia dalam melaksanakan tugas kesukarelaan disamping memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kebajikan, sosio ekonomi dan sebagainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah gotong royong mengecat bilik pelajar mengikut aras, membaikpulih meja bacaan serta sanitasi Surau As-Salam IKTBN Bachok. Program ini berakhir pada pukul 01.00 petang dengan makan tengah hari.

Semoga apa yang dilaksanakan pada hari ini akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi pelajar-pelajar yang terlibat khususnya sifat suka membantu sepanjang program ini berjalan. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang turut sama menjayakan program ini.

 

Disediakan Oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

 

Read 458 times