Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 15 February 2021 09:40

APLIKASI MODEL KESEPADUAN SOSIAL DALAM TINGKAH LAKU PEMBANGUNAN POTENSI DIRI PELAJAR IKTBN BACHOK MELALUI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

APLIKASI MODEL KESEPADUAN SOSIAL DALAM TINGKAH LAKU PEMBANGUNAN POTENSI DIRI PELAJAR IKTBN BACHOK MELALUI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Bachok, 15 Februari 2020 – Peserta  Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan IKTBN Bachok dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah melaksanakan Program Mengaji Al-Quran secara percuma yang diadakan pada setiap hari bekerja jam 8.30 malam hingga 9.30 malam kepada anak-anak kakitangan yang tinggal di kuarters manakala Gunting Rambut  secara percuma  kepada Warga IKTBN Bachok diadakan pada setiap hari selasa jam 5.30 petang dengan penyertaan maksima 5 orang warga IKTBN Bachok setiap minggu dan pelaksanaan aktiviti tersebut perlu mematuhi SOP Pandemik Covid 19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Aktiviti ini telah memberi peluang kepada peserta tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda IKTBN Bachok untuk menonjolkan komponen kemahiran yang di ambil dan direkodkan dalam buku rekod mereka.Seramai 16 orang peserta tahap Emas ARPRM sedang dalam proses melengkapkan dan melaksanakan aktiviti mengikut komponen masing-masing. Pelaksanaan aktiviti melalui Anugerah remaja Perdana Rakan Muda telah meningkatkan  potensi diri ini serta telah memberikan banyak impak kepada mereka yang merupakan pelajar IKTBN Bachok dan skop pelaksanaan program yang menyeluruh boleh melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan muda yang baru dan berkaliber melalui ILKBS khususnya.

 

Disediakan Oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

 

Read 580 times Last modified on Isnin, 15 February 2021 09:47