Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 15 February 2021 09:48

PROGRAM “SETITIK DARAH, SATU HARAPAN, SEJUTA SENYUMAN” – GALAKKAN WARGA IKTBN BACHOK DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM “SETITIK DARAH, SATU HARAPAN, SEJUTA SENYUMAN” – GALAKKAN WARGA IKTBN BACHOK DERMA DARAH

Bachok, 15 Februari 2020 – Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah melaksanakan Program “Setitik Darah, Satu Harapan, Sejuta Senyuman” pada 10 Februari 2021 bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok dengan 81 orang warga IKTBN Bachok menyertai program tersebut.

Setiap titik darah yang disumbangkan adalah amat berharga dan penting dalam misi menyelamat dan merawat pesakit. Bekalan darah diperlukan setiap hari untuk menyelamatkan nyawa pesakit leukimia, penyakit hati, penyakit jantung, haemophilia dan sebagainya.Bekalan darah yang berterusan diperlukan untuk tujuan pembedahan serta semasa proses menyelamatkan mangsa kemalangan. Darah yang diderma akan diuji sebelum disimpan untuk kegunaan pesakit dan diasingkan kepada beberapa komponen yang mampu merawat lebih dari seorang pesakit.Program ini bertujuan memberi peluang kepada warga IKTBN Bachok menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan menderma darah agar dapat memberi harapan kepada golongan yang memerlukan.

Program derma darah ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga IKTBN Bachok. Atas sokongan padu serta kasih sayang yang diberikan oleh penderma darah dan perkhidmatan profesional dari Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, program ini berlangsung dengan lancar dan diharap dapat membawa sejuta senyuman kepada penerima yang mendapat manfaat dari darah yang diterima.

 

Disediakan Oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 467 times