SEPANG, 18 FEBRUARI 2021 - Sesi bimbingan teknikal mengenai Pelaksanaan dan Pemantauan Model Smart Farming bersama pegawai MARDI, En Muhammad Abid bin Ahmad telah dilaksanakan di Makmal Smart Farming IKTBN Sepang.
Sesi ini dihadiri oleh pengajar yang akan memantau dan mengaplikasi kepakaran kemahiran masing-masing bagi memastikan Model Smart Farming dapat beroperasi dengan parameter yang paling terbaik.
Semoga perkongsian kemahiran ini lebih memantapkan pengetahuan bagi merealisasikan kejayaan pelaksanaan Model Smart Farming di IKTBN Sepang.