Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 19 August 2016 18:28

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN YANG AKAN BERPINDAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 19 OGOS 2016 - Satu Majlis Jamuan Perpisahan telah diadakan bagi meraikan kakitangan yang akan berpindah iaitu Dr Ahmad Zainal Abd Aziz, Ketua Jabatan Teknologi Elektrik dan Basri Mahroji, Penyelia Asrama. 

Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) IKTBN Dusun Tua.

Majlis diserikan dengan ucapan penghargaan daripada Dalila Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua. Para kakitangan yang akan berpindah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan dan telah diberikan cenderahati sumbangan daripada pihak KESKEB. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan dan diikuti dengan sesi fotografi. Warga IKTBN mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti selama ini, “Jasamu tetap dikenang”.

Diharapkan dengan adanya majlis begini, persahabatan dikalangan kakitangan IKTBN amnya dan ahli KESKEB khasnya dapat terjalin dengan baik dan murni.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 15296 times Last modified on Selasa, 30 August 2016 18:30