Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 February 2021 14:48

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR VTO DAN PESERTA INKUBATOR IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Rabu, 24 Februari 2021 – Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar VTO dan peserta inkubator telah berlangsung dengan lancar, walaupun dalam tempoh PKP bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu.

 

Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak bersama Puan Siti Muhariah bt Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Encik Azwandy bin Anuwar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

 

Dalam amanat yang telah diberikan oleh Puan Pengarah, beliau menggalakkan pelajar VTO dan peserta inkubator untuk terus menuntut ilmu yang lebih tinggi lagi dari sedia ada, supaya proses pembangunan kendiri akan menjadi lebih baik.

 

Dalam majlis ini pelajar VTO dan peserta inkubator turut diberikan cenderahati sebagai tanda ingatan.

Read 3354 times