Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak selaku personel Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan telah dihadiri oleh semua personal pentauliahan Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Dalaman (PPD). Mesyurat juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta tiga (3) orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (dalam bidang Hospitaliti, Tekstil dan Personal) untuk memantau perjalanan peperiksaan dan membuat semakan terhadap dokumentasi penilaian serta portfolio pelajar bagi memastikan institut mematuhi, prosedur standard dan piawaian persijilan SKM / DKM yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK).
Seramai 264 orang pelajar institut yang telah berdaftar bagi tahun 2020 di bawah persijilan kemahiran SKM dan DKM, JPK telah menduduki peperiksaan akhir samada subjek teori dan amali bagi Sesi 1/2021(Feb) bermula pada 15 Februari hingga 25 Februari 2021.
Cawangan Pengurusan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak selaku urusetia mesyuarat telah memastikan agar perjalanan mesyuarat yang dilaksanakan secara fizikal tetapi dalam masa yang singkat dan mematuhi SOP serta penjarakkan sosial yang telah ditetapkan untuk membolehkan keputusan peperiksaan diperakukan oleh PPL dan personel pentauliahan (PPB/PPD/PP).
Disediakan Oleh:
Encik Zarol Amin Bin Zali
CPKK, IKBN Peretak
Disemak Oleh:
Encik Samsu Bin Kadir
KCPKK, IKBN Peretak.