Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 August 2016 18:28

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI IKTBN DUSUN TUA

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

HULU LANGAT, 24 Ogos 2016 -Kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, JKR Hulu Langat dan IKTBN Chembong telah mengadakan lawatan penanda aras amalan EKSA ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua baru-baru ini.

 

Ahli rombongan disambut mesra oleh Jawatakuasa EKSA IKTBN Dusun Tua. Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Wan Hussin Wan Ahmad, Penyelaras EKSA. Selepas taklimat di bilik mesyuarat utama, semua ahli rombongan dibawa melawat ke bahagian utama iaitu bahagian pentadbiran, bahagian kewangan, asrama, jabatan kejuruteraan mekanikal dan automotif.

Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. Amalan EKSA menggalakkan jabatan/agensi sektor awam memberikan penekanan pada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Semoga segala usaha agensi yang hadir ke arah persijilan EKSA akan tercapai.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 13610 times Last modified on Selasa, 30 August 2016 18:32