Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 05 March 2021 11:19

KEMASUKAN SEMULA PELAJAR IKTBN ALOR GAJAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, Melaka, 1 Mac 2021- Seramai 121 orang pelajar baru kemasukan Julai 2020 telah melapor diri di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah Melaka (IKTBN). Pengambilan pelajar bagi bidang Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Elektrik dengan pecahan 61 orang pelajar lelaki dan 60 orang wanita telah melapor diri bermula jam 8.30 pagi sehingga Jam 12.30 tengahari.

 

Sesi pendaftaran berkonsepkan ‘drive-thru’ dengan pemeriksaan suhu dan daftar masuk aplikasi MySejahtera dilaksanakan ke atas semua pelajar dan ibubapa/penjaga. Semua kenderaan ibubapa atau penjaga dibenarkan hanya ‘drop off’ di hadapan bangunan asrama. Ibubapa atau penjaga kekal di dalam kenderaan dan petugas institut membantu mengangkat barangan pelajar dari kenderaan dimana konsep ‘drop and go’ dilaksanakan.

 

En Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Pengarah IKTBN Alor Gajah turut sama memantau perjalanan pendaftaran pelajar baru dan mendapatkan maklumbalas dari Ibubapa.  Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKTBN Alor Gajah turut mengedarkan 'bookmark' berkaitan kempen pencegahan Covid 19 peringkat institut.

 

Semoga pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu minggu paradigma dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan COVID 19.

 

 

Gambar Menunjukkan Pegawai Dan Pelajar Yang Terlibat Dalam Mengendalikan Kemasukan Pelajar 

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah

 

Read 730 times Last modified on Jumaat, 05 March 2021 11:31