Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 01 March 2021 15:44

KUIZ PAMERAN SECARA MAYA 2021 BERTEMA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 FEBRUARI 2021- Program Kuiz Pameran secara maya bertemakan sambutan Tahun Baru Cina 2021 telah berjaya mendapat sambutan hangat oleh warga IKBN Seri Iskandar, Perak.


Program anjuran Unit Perpustakaan , Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang telah dilaksanakan secara dalam talian bermula pada        11 hingga 12 Februari 2021 itu melibatkan dua kategori iaitu kategori pelajar dan kategori kakitangan IKBN Seri Iskandar, Perak.

Di bawah kategori pelajar telah dimenangi oleh Sindhhuja A/P Sinnasamy dan Muhamamad Aiman Haikal manakala bagi kategori kakitangan telah dimenangi oleh Puan Gayathiri A/P Jaya Krishnan.

Pertandingan Kuiz Pameran secara maya bertemakan sambutan Tahun Baru Cina 2021 adalah bertujuan  untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan menambah ilmu pengetahuan dalam mengenal budaya bangsa lain serta menambah kemahiran berkomunikasi setaip warga IKBNSIP. Di samping itu, program ini bertujuan melahirkan rasa cinta terhadap budaya sendiri.

Read 786 times