Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 March 2021 15:51

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2020 IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 1 MAC 2021 – Seramai 72 orang pelajar baharu bagi kemasukan Sesi Julai 2020 telah selamat melapor diri di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak (IKBNSIP). Pengambilan kali ini adalah terdiri daripada pelajar dari Jurusan Elektronik Industri, Pendawaian Elektrik Fasa 1 – PW2, Juruteknik Elektrik Rendah dan Rangkaian Komputer. Secara keseluruhan, pelajar yang hadir melapor diri adalah seramai 63 orang lelaki dan 9 orang perempuan.


Tuan Md. Isa bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar telah bersama-sama berkongsi serta menyampaikan taklimat kepada ibu bapa pelajar yang hadir berkaitan pelaksanaan pembelajaran di institut khususnya dalam menerapkan elemen norma baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pelaksanaan proses sanitasi turut dijalankan mengikut prosedur operasi standad yang telah ditetapkan kepada setiap individu yang hadir pada hari tersebut.

Diharapkan keseluruhan pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan amalan norma baharu ini dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan COVID-19.

#ikbnsicemerlang

#ikbnseriiskandarterbaik

Read 843 times Last modified on Jumaat, 05 March 2021 16:05