Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 04 March 2021 15:57

AUDIT PEMATUHAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2021, IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 2 MAC 2021 – Audit Pengawasan ISO 9001:2015 bagi tahun ke-3 di IKBN Seri Iskandar, Perak telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2021. Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat merupakan Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk melaksanakan keseluruhan proses penilaian terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBN Seri Iskandar, Perak pada tahun yang ke 3 ini.


Objektif utama pelaksanaan audit ini adalah untuk memastikan Warga IKBN Seri Iskandar menepati dan mematuhi prosedur sistem pengurusan kualiti yang telah ditetapkan. Hasil penemuan dari audit pematuhan ini telah mencatatkan penemuan yang baik di mana TIADA “Nonconformity Reports (NCR)” dan “Opportunities for Improvement (OFI)”. Dengan ini, secara keseluruhannya, IKBN Seri Iskandar berjaya mematuhi Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 dengan prestasi yang cemerlang.

Pihak IKBN Seri Iskandar, Perak merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kerana sudi melaksanakan Audit Pematuhan ini di IKBN Seri Iskandar. Sekalung tahniah diucapkan buat semua warga IKBN Seri Iskandar kerana telah bersama-sama membantu dan memberi komitmen yang sangat tinggi dalam urusan pengaudian ISO 9001:2015 pada kali ini.

 

Syabas dan tahniah IKBNSIP…!!!

#ikbnsicemerlang

#ikbnseriiskandarterbaik

Read 653 times