Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 05 March 2021 16:34

PENDAFTARAN PELAJAR BARU INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK SECARA PANDU LALU

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

1 Mac 2021 (Isnin)- Kuala Kubu Bharu. Seramai 86 orang pelajar dari pelbagai bidang dan jurusan telah selamat mendaftar di IKBN Peretak bagi sesi kemasukan Mac 2021.

 

Proses pendaftaran norma baru ini mengikut saranan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan dengan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dengan konsep pandu lalu ini akan memudahkan semua ibu bapa dan petugas dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

 

Semua ibu bapa dan penjaga tidak perlu turun daripada kenderaan kerana setiap hentian telah ditetapkan petugas bagi menyaring tahap kesihatan dan penyerahan semua dokumen maklumat diri.

 

Semua pelajar akan dikurantinkan selama 10 hari sebelum proses pengajaran dan  pembelajaran secara fizikal dimulakan.

 

Proses pendaftaran pada kali ini telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan IKBN Peretak dengan dibantu oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak.

 

Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak turut bersama - sama memantau kelancaran proses pendaftaran pada kali ini.

Read 2772 times