Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 12 March 2021 14:43

CERAMAH PERDANA ISRAQ DAN MIKRAJ 1442 HIJRAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

11 Mac 2021 (Khamis), Kuala Kubu Bharu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan ceramah perdana Israq dan Mikraj 1442 Hijrah bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

 

Program ini diadakan setiap 27 Rejab saban tahun dalam memperingati perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Al-Aqsa, Baitul Maqdis untuk bertemu Pencipta yang Maha Agung Allah s.w.t dalam menerima wahyu solat 5 waktu.

 

Ceramah pada kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar dari Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Hulu Selangor.

 

Program ini telah diadakan di Surau Nur Salam dengan kehadiran semua pelajar dan kakitangan IKBN Peretak. Selain itu, program ini juga ditayang secara langsung di facebook Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.

 

Semoga dengan penganjuran program ini dapat meningkatkan keimanan kita dalam menghayati perjalanan Rasulullah S.A.W yang begitu singkat dari Mekah ke Baitul Maqdis dan Sidaratul Muntaha yang begitu jauh perjalanan dapat diadakan pada satu malam.

Read 2706 times