Print this page
Selasa, 16 March 2021 14:17

MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 2/2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

15 Mac 2021 - Isnin, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar Baru bermula 12 hingga 14 Mac 2021. Pelajar baru ini telah pun melapor diri pada 1 Mac 2021 seramai 100 orang, di mana semua pelajar ini telah dikuarantinkan terlebih dahulu selama sepuluh (10) hari di Blok Asrama Puteri Khadijah dan Putera Omar.

 

Program ini diadakan selama tiga (3) hari dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun dan ianya turut dibantu oleh 26 orang fasilitator dari kalangan pelajar dan pegawai IKBN Peretak.

 

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan IKBN Peretak dengan lebih dekat dan membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus dan berinteraksi secara positif di IKBN.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti Ice Breaking, Latihan Dalam kumpulan, Muhasabah Diri, Explorace dan Gotong Royong,  persembahan Showcase Of Talent dalam bahasa Inggeris dan khidmat masyarakat di dalam kawasan sekitar IKBN Peretak.

 

Bagi taklimat CPKK, ALUMNI, Displin, Dewan Makan/Asrama telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet di sepanjang Minggu Kuarantin pelajar. Sesuai juga dengan ajaran Islam supaya kita mengamalkan norma baharu seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan melalui penjagaan kesihatan sebagai membendung jangkitan yang semakin berluluasa.

 

Adalah diharapkan minggu paradigma ini dapat membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran IKBN Peretak dan menjiwai setiap visi dan misi IKBN Peretak khasnya Kementerian Belia dan Sukan amnya.

 

Disediakan oleh                : Puan Azini binti Ismail

Read 2678 times