Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 19 March 2021 16:20

PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Rabu, 17 Mac 2021 - Sesi program derma darah telah diadakan bertempat di Pusat Sumber,  IKBN Peretak sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan (MKKK) Sesi 1/2021, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) bersama Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 16 hingga 18 Mac 2021.

Program derma darah ini melibatkan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur  bertujuan untuk mendapatkan sumber bekalan darah bagi keperluan Pusat Darah Negara serta hospital-hospital awam dan swasta di seluruh Negara selaras dengan kempen dan aktiviti derma darah yang giat dilaksanakan untuk menambah keperluan bekalan darah sedia ada. 

Program derma darah telah diadakan pada hari ini, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang telah dianggotai oleh 12 orang personel Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Seramai orang 154 pelajar dan kakitangan IKBN Peretak telah hadir mendaftar untuk menderma darah dan program ini telah berjaya mengumpul sebanyak 61 pint darah untuk bekalan Pusat Darah Negara.

 

Disediakan Oleh :  Samsu Bin Kadir (CPKK, IKBN Peretak)

Read 2739 times