Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 19 March 2021 16:29

PROGRAM MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SESI 1/2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Khamis, 18 Mac 2021 - Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2021, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) dengan penyelarasan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac, 2021.

Objektif utama Program ini ialah untuk memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada kakitangan serta para pelajar institut khususnya pelajar-pelajar baru sesi 1/2021 yang telah mendaftar masuk bermula 1 Mac 2021. Disamping memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan penjagaan keselamatan dan kesihatan diri, program ini juga dapat dijadikan sebagai panduan serta amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut ini khususnya bagi pelajar baru serta memenuhi salah satu modul wajib pembelajaran ‘Core Abilities’ para pelajar. 

 

Sepanjang tempoh tiga (3) hari program, pelbagai ceramah/taklimat oleh agensi-agensi keselamatan dan kesihatan yang telah dijemput khas seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Penjara serta BOMBA dan Penyelamat disamping taklimat secara atas talian melalui platform Google Meet  oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Seramai 154 orang peserta yang terdiri daripada 99 orang pelajar baru dan 55 orang kakitangan juga telah didedahkan dengan latihan amali mengenai teknik balutan mangsa yang mengalami kecederaan ringan, teknik pemindahan mangsa yang tercedera, teknik bantuan pernafasan (CPR) serta  cara-cara mengawal kebakaran.  Program latihan simulasi kebakaran dan ‘firedrill’ bersama pihak BOMBA dan Penyelamat turut diadakan untuk kesiapsiagaan para pelajar, kakitangan serta pekerja-pekerja kontraktor perkhidmatan pembersihan sekiranya berlaku perkara-perkara diluar jangkaan.

 

Program derma darah telah juga diadakan bersama pusat Darah Negara (PDN) pada 17 Mac 2021 bertujuan untuk menampung keperluan bekalan darah negara. Seramai 135 orang peserta telah mendaftar untuk menderma darah tetapi hanya 61 paket (pint) darah telah berjaya dikumpul. Sebahagian besar peserta tidak layak untuk menderma selepas pemeriksaan kesihatan oleh doktor bertugas kerana kesihatan tidak mengizinkan dan berat badan tidak mencapai berat minima yang telah ditetapkan.

 

Disediakan Oleh :  Samsu Bin Kadir (CPKK, IKBN Peretak)

Read 3467 times