Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 March 2021 15:06

PERTANDINGAN INOVASI INSPIRE TO INNOVATE (i2i)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, Melaka, 18 Mac 2021 - IKTBN Alor Gajah telah menyertai Pertandingan Inovasi Inspire to Innovate (i2i) 2021 anjuran IKTBN Sepang yang melibatkan penyertaan daripada Indonesia, Singapura, Brazil dan juga tuan rumah Malaysia dengan penyertaan 3 projek inovasi iaitu WASQOF Organik Dehumudifier, BB Vine Strips dan Fundamental Electrical Power System Training(FEPST).

 

Projek WASQOF Organik Dehumudifier memenangi Emas dan sekaligus mendapat Keseluruhan tempat kedua bagi Kategori Video Terbaik dan tempat kedua bagi Kategori Keseluruhan IPT. Projek ini disertai oleh Puan Rohaya binti Adam dan Puan Nur Sarina binti Khairruddin.

 

Bagi projek BB Vine Strips yang disertai oleh Puan Siti Zubaidah binti Bakri telah mendapat Perak dan Encik Mohd Kamal bin Kamarol Awal juga mendapat Perak dengan projek Fundamental Electrical Power System Training (FEPST).

 

Tahniah diucapkan kepada pengajar-pengajar yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga terus kreatif dengan menghasilkan projek-projek yang berinovasi pada masa hadapan.

 

 

Gambar Menunjukkan Senarai Pemenang Tempat Pertama 

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Read 486 times Last modified on Rabu, 24 March 2021 15:40