Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 March 2021 15:52

LAWATAN KERJA PENGARAH KEMAHIRAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

23 Mac 2021: Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia(BPKB), Kementerian Belia dan Sukan(KBS) , YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor berserta dengan rombongan telah membuat lawatan kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBNT) Temerloh. IKTBN Temerloh merupakan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang pertama bagi sesi lawatan kerja rasmi beliau selepas dilantik.

Program lawatan kerja tersebut yang dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat ringkas oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar yang bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh. Majlis diteruskan dengan ucapan YBrs Tuan Pengarah Kemahiran yang telah menyampaikan amanatnya melalui ucaptama beliau kepada kakitangan IKTBN Temerloh. Selain itu, beliau juga telah mengambil kesempatan untuk mengenali secara lebih dekat warga institut melalui sesi dialog bersama kakitangan institut dan juga sesi dialog yang berasingan bersama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang  mewakili suara pelajar berkaitan sistem latihan di sini. Seterusnya YBrs Tuan Pengarah Kemahiran dan rombongan telah dibawa melihat hasil kreativiti dan inovasi pelajar dan diakhiri dengan melihat kemudahan latihan sedia ada di sini.

Objektif utama lawatan kerja tersebut adalah untuk mengenali lebih terperinci terhadap pelaksanaan latihan kemahiran terhadap golongan belia serta mengenalpasti keadaan sebenar kemudahan yang ada. Program lawatan tersebut diakhiri dengan sesi makan tengah hari serta fotografi bersama Pengarah dan Ketua-Ketua Unit. Rombongan lawatan tersebut seterusnya bertolak terus ke lokasi lawatan kerja berikutnya iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai,Kuala Terengganu.

Diharapkan melalui sesi lawatan kerja YBrs. Tuan Pengarah Kemahiran dapat melihat secara langsung pelaksanaan latihan TVET di ILKBS dan sekali gus dapat mengenalpasti ruang dan peluang bagi membantu dan memperkasakan belia berkemahiran di negara ini.

Read 300 times Last modified on Khamis, 25 March 2021 16:02