Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 01 April 2021 09:42

PROGRAM MODULAR DIBAWAH INISIATIF (PENJANA) KULINARI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 01 April 2021 – Program Modular dibawah inisiatif (PENJANA) bagi tahun 2021 telah diadakan di IKTBN Bachok bermula pada 30 Mac - 8 April 2021. Seramai 10 orang belia telah menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan memberi latihan jangka pendek kepada belia-belia setempat tentang bidang kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bachok. Ia juga merupakan satu bentuk promosi kepada belia-belia setempat tentang apa yang akan dipelajari bila memilih bidang kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bachok.

Kursus ini berlangsung selama 10 hari dengan menerapkan beberapa elemen kemahiran bagi membantu belia memahami dan mempraktikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

 

 Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

 

Read 456 times