Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 March 2021 13:42

PERBINCANGAN BERSAMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 24 MAC 2021 - IKTBN Sepang telah mengadakan sesi perbincangan bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) secara atas talian. Perbincangan menfokuskan peluang-peluang kerjasama di antara IKTBN Sepang dan UTeM di dalam perkongsian kemudahan latihan dan kepakaran pengajar di antara kedua-dua pihak.
Kerjasama ini dijangka dapat memberi memberi manfaat para pelajar, pengajar, alumni IKTBN Sepang bagi tujuan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang elektronik, elektrikal dan mekanikal. Ianya juga diharap dapat memantapkan lagi elemen di dalam latihan pelajar IKTBN Sepang seperti penyediaan laporan projek akhir, inovasi dan sebagainya serta meningkatkan lagi promosi dan pengambilan pelajar IKTBN Sepang. Pensyarah, kakitangan serta pelajar UTeM pula juga dijangka dapat menambah nilai serta meingkatkan kemahiran melalui program kemahiran serta penggunaan kemudahan latihan yang ada di IKTBN Sepang.
 
Perbincangan ini dihadiri oleh Ir. Ts. Dr. Ranjit Singh A/L Sarban Singh, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kej. Komputer dan Ts. Dr. Jeefferie Bin Abd Razak, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM. Sementara IKTBN Sepang pula dihadiri oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd, Majid, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam dan pengajar kanan Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Tc. Thinakaran a/l Narayanan.
Read 10446 times Last modified on Khamis, 01 April 2021 13:59