Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 26 March 2021 14:21

LAWATAN DARI SYARIKAT HPI RESOURCES BERHAD

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 26 MAC 2021 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menerima kunjungan Syarikat HPI Resources Berhad pada jam 10.00 pagi. Pihak syarikat yang diwakili oleh tiga (3) kakitangan bahagian pengurusan disambut oleh En. Hairul Riduan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan bersama semua Ketua Jabatan institut serta pihak cawangan hubungan industri.
Sesi lawatan daripada pihak industri ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Salak dengan pematuhan SOP yang ketat. Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh kedua-dua pihak. Pelbagai perkongsian serta perbincangan telah dilakukan yang mana menjurus ke arah keperluan industri termasuk peluang yang ditawarkan kepada belia berkemahiran. Pihak syarikat turut dibawa melawat sekitar bengkel pembelajaran bagi memberi pendedahan terhadap apa yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia berkemahiran yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.
 
Semoga sesi lawatan ini menjadi titik permulaan bagi jalinan kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan antara kedua-dua pihak. Sesi yang berlangsung selama hampir dua (2) jam ini diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan kepada industry berkenaan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran seterusnya taraf hidup melalui program yang ditawarkan.
Read 12356 times Last modified on Khamis, 01 April 2021 14:24