Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri bt Md Shariff, selaku Pengarah IKBN Peretak. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam membantu produk IKBN Peretak untuk memasuki pasaraya NSK diseluruh negara. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Siti Muhariah bt Untong dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Azwandy bin Anuwar.
Pelbagai produk telah dipromosikan kepada wakil NSK bagi memasuki pasaran pasaraya tersebut. Antaranya adalah kicap char koew tiaw, mee sayuran, kiub serai dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, program ini menjurus kepada pembangunan usahawan dikalangan pelajar melalui projek inkubator. Pihak NSK berbesar hati untuk membantu program yang telah dijalankan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Disediakan oleh: Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar