Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 01 April 2021 14:44

MAJLIS DIALOG INDUSTRI IKBN PERETAK BERSAMA BEN’S KITCHEN SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

31 Mac 2021(Rabu), Kuala Lumpur – Majlis Dialog Industri bersama Ben’s Kitchen Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya di Bens Restoran Publica, Kuala Lumpur.

 

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu disertai oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn Normahsyuri binti Md Shariff, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Azwandy bin Anuwar, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, En Shahdan bin Zainal, Ketua Jabatan Hospitaliti, En Amir Nazri bin Abdullah dan pegawai dari Cawangan Hubungan Industri.

 

Manakala wakil daripada Bens Kithen Sdn Bhd adalah Mr David Yap, selaku General Manager, Madam Michelle Khoo, selaku Ketua Jabatan Sumber Manusia, Chef Kamal iaitu Eksekutif Chef Kanan, Madam Janu D’ Cruz dan Madam Florence selaku eksekutif dari Jabatan Sumber Manusia.

 

Antara intipati utama Majlis Dialog ini adalah mengenai hala tuju persefahaman serta kerjasama antara IKBN Peretak dan pihak Ben’s Kitchen Sdn Bhd pada masa akan datang terutamanya dalam menghadapai era pasca Covid-19 seperti penempatan pelajar bagi Latihan Industri dan kebolehpasaran pelajar IKBN Peretak di Ben’s Kitchen Sdn Bhd.

 

Selain itu, perkara utama yang dibincangkan adalah jemputan bagi penglibatan pihak Ben’s Kitchen selaku wakil industri dalam pelaksanaan program Career Fest Zon Tengah yang bakal berlangsung pada bulan Jun 2021 akan datang. Pihak Institut mengharapkan penglibatan yang aktif daripada Ben’s Kitchen memandangkan, Ben’s Kitchen adalah industri yang sangat komited dalam pelaksanaan program dan kerjasama dua hala selama ini.

 

Tidak ketinggalan, pelbagai isu yang dibincangkan adalah kerjasama dalam pelaksanaan program visiting lecturer yang bakal diadakan pada tahun ini. IKBN Peretak berbesar hati untuk menjemput pihak Ben’s Kitchen selaku industri yang dapat berkongsi idea serta memberikan pendapat dan membantu membuka minda para pelajar semester akhir mengenai realiti sebenar bekerja di industri khususnya dalam bidang hospitaliti.

 

Sambil itu, semua tetamu dihidangkan dengan juadah makan tengahari yang begitu menyelerakan oleh pihak Ben’s Kitchen dan turut berkongsi idea berkenaan menu dan bidang pembuatan kopi iaitu bidang barista kepada pihak IKBN Peretak.

 

Aktiviti diteruskan dengan lawatan oleh pihak IKBN Peretak sambil diiringi oleh pihak Ben’s Kitchen Sdn Bhd ke cawangan dan restoran yang lain. Semasa lawatan dijalankan, Puan Pengarah IKBN Peretak sempat berjumpa dengan 3 orang bekas pelajar IKBN Peretak yang masih bekerja dengan industri Ben’s kitchen setelah tamat latihan industri.

Pihak IKBN Peretak sangat menghargai sambutan dan layanan yang diterima daripada pihak Ben’s Kitchen Sdn Bhd sepanjang berlangsungnya Majlis Dialog Industri ini. Pihak IKBN Peretak komited untuk terus menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua pihak bagi kebaikan bersama. Majlis dan program selesai tepat jam 2.00 petang.

 

Disediakan oleh : Cawangan Hubungan Industri

Read 468 times