31 Mac 2021 - Kursus Ubahsuai Pakaian (Alteration) telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2021 bertempat di Cure & Care Vocational Centre (CCVC), Sepang. Kursus ini melibatkan 10 orang pelatih dari CCVC dan 2 orang pengajar dari IKBN Peretak. Kursus ini merangkumi teori dan amali serta kaedah dan teknik pengubahsuaian seperti mengecilkan dibahagian bahu dan lengan baju, sisi tepi seluar dan baju, kecilkan pinggang seluar, menggantikan zip rosak dibahagian fly seluar, menampal dibahagian seluar dan baju yang berlubang serta memendekkan dibahagian bawah seluar, lengan dan bawah baju. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih supaya dapat mengubahsuai pakaian dengan cara yang betul dan tepat. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pelatih di CCVC ini.