Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 05 April 2021 09:37

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Kali Kedua IKTBN Temerloh

Written by
Rate this item
(0 votes)

25-26 Mac 2021: Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Kali Kedua oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah dilaksanakan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti IKTBN Temerloh.

Sesi audit telah dimulakan dengan mesyuarat pembukaan audit yang dipengerusikan oleh En. Muhamad Ezzas bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Latihan) IKTBN Temerloh dan kemudiannya diteruskan dengan taklimat berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 IKTBN Temerloh oleh Pn. Maslizawati bt Ab Rashid selaku Pegawai Kualiti institut serta taklimat pelaksanaan audit oleh juruaudit yang dilantik oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd iaitu En. Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.

Objektif audit pemantauan ini adalah bagi menentukan Sistem Pengurusan Kualiti IKTBN Temerloh telah mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015 secara berterusan terutamanya bagi proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aduan pelanggan, kepuasan pelanggan, pencapaian objektif kualiti, audit dalaman, kajian semula pengurusan serta pengurusan risiko dan peluang penambahbaikan. Sepanjang 2 hari sesi audit, juruaudit telah menyemak dokumen dan rekod kualiti, melawat bengkel latihan kemahiran dan dewan makan pelajar serta mengadakan sesi temubual bersama warga kerja bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berterusan di IKTBN Temerloh.

Segala penemuan, teguran dan cadangan diambil positif oleh pihak IKTBN Temerloh dan akan melaksanakan penambahbaikan sebaik mungkin. Tahniah dan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan oleh semua warga IKTBN Temerloh bagi memastikan IKTBN Temerloh mengekalkan dan menambahbaik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti sejajar dengan keperluan standard yang telah ditetapkan.

 

 

Read 208 times