Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 07 April 2021 16:54

PERTANDINGAN WOODBALL TERTUTUP IKBN KUALA PERLIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kuala Perlis, 2 April 2021 - Pertandingan Woodball Tertutup Antara Kakitangan dan Pelajar IKBN Kuala Perlis telah diadakan di Padang Bolasepak IKBN Kuala Perlis di mana sukan woodball ini sudah lebih kurang 2 dekad bertapak di Negeri Perlis. Turut serta Yang Berusaha Pengarah, En. Zurihanmi bin Zakariya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan), En. Muhamed Shukri bin Abdul Mookmin.

Pertandingan ini melibatkan seramai 18 orang kakitangan dan 37 orang pelajar IKBN Kuala Perlis di mana, persediaan gelanggan woodball ini dibuat secara sementara di padang bolasepak sebagai pengenalan kepada peserta-peserta yang terlibat. Impak utama penganjuran pertandingan ini adalah dapat memupuk minat di kalangan kakitangan dan pelajar terhadap sukan woodball ini di masa hadapan.

Semoga sukan woodball ini dapat memberi lebih impak kepada mereka yang belum berpeluang mengenali apa itu sukan woodball serta dapat dipraktikkan oleh semua kakitangan dan pelajar sebagai satu aktiviti riadah pada waktu petang di IKBN Kuala Perlis.

Read 396 times