Kuala Perlis,01April 2021- IKBN Kuala Perlis,Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ,Cawangan Hubungan Industri (CHI) telah berjaya menganjurkan program ceramah kepimpinan yang bertajuk KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN BERJIWA BESAR yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Hj.Huzili Bin Hussin,Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Tujuan program ini adalah untuk memastikan para penjawat awam mempunyai kebolehan dan pengetahuan di dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan jawatan yang dipegang dalam sesuatu bidang atau bahagian. Ianya juga untuk memastikan para penjawat awam yang terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi tanpa melupakan faktor psikologi dan sosiologi.
Ahli Jawatankuasa Induk Cawangan Hubungan Industri(CHI) mewakili pihak IKBNKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan penceramah diatas ilmu yang disampaikan dan kepada tuan pengarah,En.Zurihanmi Bin Zakariya kerana membenarkan program ini dijalankan.Semua bahagian yang memberi kerjasama ke arah memartabatkan IKBNKP dan perkhidmatan awam Malaysia amatlah dihargai dan diharapkan ianya mendapat sambutan lagi dimasa mendatang.
By: nmy-chi 21’