Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 01 September 2016 23:04

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 59 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 31 OGOS 2016 - Sambutan sempena Hari Kemerdekaan ke -59 pada 31 Ogos 2016, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat dalaman pada 30 Ogos 2016 di Dewan Dato Maharajelela pada jam 10.00 pagi dengan meriah. Turut hadir di majlis ini, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. Jasalilawadi Bin Jahi, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar serta seluruh warga kerja dan pelajar membanjiri ruang dewan.

Dengan tema 59 tahun merdeka, sehati sejiwa, perhimpunan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri, Ketua Cawangan Penyelenggaraan Dan Pembangunan. Acara sambutan bermula dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh wakil pelajar Nazrul Afiq Farhan Bin Mohd Nazri yang mewakili seluruh warga IKBN Seri Iskandar.

Sambutan ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Umum yang diketuai oleh En. Kishore Kumar a/l Ayyawo, Ketua Jabatan Pengajian Umum di mana beliau telah mempersembahkan pidato yang bertajuk 'sejarah kemerdekaan' dengan tujuan memberi pengertian erti kemerdekaan dan mengenang jasa para pemimpin dahulu yang berjuang untuk menuntuk kemerdekaan di tanah melayu.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. Hj, Fisal Bin Ramli dan merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-59 Peringkat IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. Jasalilawadi Bin Jahi, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar dengan melepaskan burung sebagai gimik perasmian. Bagi memeriahkan lagi semangat kemerdekaan, mendeklamasi sajak telah diadakan yang disertai oleh pelajar dan pengajar serta pertandingan pop kuiz merdeka yang terbuka kepada semua pelajar dan pengajar. Tema pop kuiz adalah berasaskan kepada kemerdekaan dibawah anjuran Cawangan Promosi Dan Hubungan Industri. Sebanyak 10 hadiah telah disediakan dan keseluruhannya pelajar dapat menjawab semua soalan yang diajukan. Sambutan ini diakhiri dengan nyanyian lagu berunsur patriotik dan semangat kemerdekaan oleh seluruh warga IKBN Seri Iskandar.

Read 7669 times Last modified on Khamis, 01 September 2016 23:39
 
Find us on Facebook
Follow Us