Sesi kunjungan prihatin ini telah diwakili oleh En.Kamarul Anuar Bin Haron selaku Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Hubungan Industri. Di sesi kunjungan ini sedikit sumbangan ikhlas dari IKTBN Bachok juga diberikan kepada ibu pelajar Pn.Hashimah. Kunjungan ini juga sebagai tanda pihak IKTBN Bachok amat mengambil berat tentang pelajar-pelajar dari ILKBS yang berada di Negeri Kelantan.
Pihak IKTBN Bachok mendoakan agar segala urusan keluarga pelajar dipermudahkan.
Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin