Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 09 April 2021 14:09

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL SEKOLAH PENGENDALI LATIHAN MAKANAN (SLPM) OLEH JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu. Isnin, 05 April 2021

Majlis penyerahan Sijil Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada pagi tadi bertempat di kafe The Glass, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Penyerahan Sijil Latihan Pengendali Makanan kepada IKBN Peretak sebagai salah satu pusat latihan pengendali makanan yang diiktiraf di Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat akreditasi pentauliahan persijilan SLPM oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyerahan sijil SLPM kepada Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff telah disempurnakan oleh Puan Sharizat Binti Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Majlis penyerahan sijil SLPM turut dihadiri oleh Puan Fiona Zila Binti Mohammad Nor, Ketua Seksyen Persijilan dan Pelesenan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKNS dan Puan Siti Muhariah Binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKBN Peretak serta pegawai-pegawai JKNS dan IKBN Peretak yang telah terlibat secara langsung untuk merialisasikan hasrat institut sebagai salah satu institusi latihan awam negara khususnya Institusi Latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) mendapat persijilan dan pengiktirafan sebagai Sekolah Pengendali Latihan Makanan.

Berucap semasa penyampaian pengiktirafan tersebut, Puan Sharizat Binti Haji Ahmad memaklumkan bahawa sehingga 18 Januari 2021 terdapat sebanyak 334 SLPM yang masih aktif di seluruh negara dan hampir separuh daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak 115 SLPM beroperasi di negeri Selangor sahaja. Pemberian persijilan SLPM kepada IKBN Peretak merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada institut sebagai institusi kemahiran awam pertama di negara ini yang telah menerima persijilan SLPM.

Pertambahan jumlah SLPM di negara ini akan memudahkan orang ramai untuk menghadiri latihan sebagai pra-syarat wajib bagi mendapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan khususnya kepada mereka yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan perkhidmatan pengendalian makanan.

Disediakan Oleh : Zarol Amin Bin Zali / Samsu Bin Kadir

CPKK, IKBN Peretak.

Read 2574 times