Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 19 April 2021 11:42

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN NAKA, 6 April 2021 – Institut hari ini sedang melaksanakan Program Hari Keselamatan dan Kesihatan yang merupakan salah satu kaedah dalam mempromosikan budaya dan amalan kerja selamat dan sihat di kalangan warga IKBN Naka. Program yang berlangsung bermula seawal jam 8:30 pagi itu telah dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh En. Abu Hussin Bin Hj Sulaiman daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sesi seterusnya disusuli oleh taklimat Pencegahan & Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Para pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik memadam kebakaran melalui sesi demonstrasi yang turut dijalankan pada hari yang sama. Pelajar sendiri berpeluang untuk melakukan aksi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dan menggunakan guni basah untuk memadam kebakaran daripada kuali dapur. Sesi petang pula diteruskan dengan perkongsian daripada Pegawai Jabatan Penjara Pokok Sena En. Zureen Aizad Bin Tajudin dengan tajuk ceramah Kepulihan Di Sebalik Tekanan

 

Read 1787 times Last modified on Selasa, 04 May 2021 18:02