Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 April 2021 15:27

PROGRAM ‘CAREER TALK’ DAN TEMUDUGA TERBUKA PELAJAR SEMESTER AKHIR TAHUN 2021

Written by
Rate this item
(1 Vote)
SEPANG, 12 APRIL 2021 - Bagi memberi pendedahan serta gambaran awal berkaitan alam pekerjaan, Cawangan Hubungan Industri dengan bantuan semua Ketua Jabatan telah menganjurkan program taklimat kerjaya kepada pelatih semester akhir.
Program ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan dengan memastikan amalan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penggiliran slot sepanjang program. Program yang mendapat kerjasama daripada Syarikat GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd ini diwakili oleh empat (4) wakil syarikat dari bahagian pengurusan sumber, latihan dan pengambilan pekerja.
 
Sesi taklimat telah dimulakan dengan pengenalan syarikat serta bidang yang dijalankan selain suasana dan persekitaran alam pekerjaan. Disamping itu, turut dikongsikan tips temuduga, cabaran memilih pekerjaan, persediaan mental dan fizikal alam pekerjaan juga peluang peningkatan kerjaya. Program turut diakhiri dengan sesi temuduga bagi pengambilan pekerja setelah mereka tamat semester akhir nanti.
 
Semoga program ini memberi manfaat serta lebih persediaan kepada semua pelatih yang akan menamatkan sesi pembelajaran dan bakal menempuh dunia pekerjaan tidak lama lagi.
Read 12134 times Last modified on Khamis, 22 April 2021 15:31