Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 27 April 2021 10:17

PENDAFTARAN PROGRAM KURSUS & LATIHAN SMART FARMING @ IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang menjemput semua belia untuk menyertai Program Smart Farming @ IKTBN Sepang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia-belia yang berminat untuk mengusahakan Pertanian Pintar (Smart Farming) dan moden.
Tujuan program ini adalah untuk melahirkan agropreneur dalam kalangan belia dengan menyediakan platform latihan dalam teknologi pertanian, infrastruktur dan persekitaran kondusif serta menyediakan program latihan / coaching/ mentoring bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran sebagai TVETpreneur dan agropreneur. Smart Farming / Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran tanaman dalam bangunan di mana semua elemen yang diperlukan tanaman seperti cahaya, suhu, keperluan Karbon Dioksida dan kelembapan di kawal secara buatan ( artificial ) yang disokong dengan kawalan pembajaan dan pengairan secara mekanisasi dan automasi.
 
Kursus/Latihan Smart Farming ini merangkumi :
 
i) Pengenalan dan pemilihan Sistem rak untuk kilang tanaman termasuk rak untuk semaian benih.
ii) NFT Hydroponic System termasuk sistem yang sesuai untuk pembajaan ( injector system )
iii) Penggunaan dan aplikasi sistem pencahayaan yang sesuai dengan kilang tanaman termasuk Sistem LED Light Spectrum
iv) Sistem Kawalan untuk pengendalian Kilang Tanaman ( Smart Farming ) dengan aplikasi dan penggunaan IR 4.0
v) Sistem pengudaraan yang sesuai dengan pelaksanaan Smart Farming (penggunaan sistem penghawa dingin, kipas )
vi) Sistem pembungkusan, pelabelan dan pemasaran yang bersesuaian dengan hasil tanaman Smart Farming.
 
Kelebihan Program :
 
1. PERCUMA
2. Elaun kepada peserta secara bulanan
3. Makan dan Minum sepanjang program disediakan.
 
PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN.
 
Maklumat lanjut sila hubungi : Puan Nurul Asikin binti Saari ( 03-8706 1720 sambungan 116) atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
 
Read 12701 times Last modified on Selasa, 27 April 2021 10:20